Persidangan Dewan Perwakilan Australia

Persidangan Dewan ini dipengerusikan oleh seorang Speaker. Jawatan itu pada masa ini dipegang oleh Harry Jenkins yang mewakili parti Buruh.

Dewan pada kebiasaannya bersidang dari bulan Februari hingga Mac, Mei hingga Jun dan Ogos hingga Disember dalam satu blok yang sentiasa mengandungi dua minggu persidangan dan diikuti oleh dua minggu rehat. Persidangan dijalankan dari hari Isnin hingga Khamis dalam setiap minggu persidangan.

Aturan persidangan disusun mengikut peraturan-peraturan dewan yang dipanggil Aturan Urusan Mesyuarat. Kebanyakan masa digunakan untuk membahaskan hal-ehwal berkaitan pentadbiran terutamanya dalam membincangkan satu-satu rang undang-undang baru. Pada hari Isnin, yang dipanggil Hari Ahli Persendirian, masa diperuntukkan untuk membahaskan laporan-laporan yang disampaikan oleh jawatankuasa parlimen dan juga usul-usul yang dimajukan oleh kedua-dua penyokong kerajaan dan pembangkang.

Persidangan Dewan Perwakilan Australia dibuka kepada orang awam.